Seramai 20 bekas pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Merbok mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas rakan sekolah mereka pada Oktober 2020.<br /><br />Kesemua tertuduh yang berumur antara 18 dan 19 tahun itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Nadhirah Abdul Rahim selepas pertuduhan itu dibacakan terhadap mereka.